19 Oktober 2010

PROSES PENULISAN KARANGAN

~Kemahiran Menulis Karangan

1. Penulisan karangan hendaklah menggunakan tulisan yang kemas,dapat dibaca,dan mudah difahami.
2. Karangan yang sempurna harus memiliki ciri-ciri tertentu,termasuklah mengikut kehendak tajuk atau soalan, pendahuluan dan penutup yang menarik serta isi yang cukup, tersusun dan lengkap.
3. Pengetahuan yang luas diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karangan yang sempurna.
4. Pengetahuan yang luas dapat diperoleh dengan banyak membaca bahan bacaan yang pelbagai bentuk.
5. Perancangan yang baik perlu ke arah penghasilan karangan yang sempurna.

~ Pemilihan Tajuk atau Soalan


1. Baca semua tajuk atau soalan yang dikemukakan terlebih dahulu dengan teliti.
2. Gariskan perkataan atau rangkai kata yang menjadi kata kunci dalam tajuk karangan.
3. Kata kunci seperi hurai,bincang,beri pendapat,bahas,lapor dan ulas mungkin menjadi panduan yang berguna kepada anda ketika menulis karangan.
4. Pilih satu tajuk yang benar-benar anda kuasai dan anda pasti boleh menghasilkan karangan yang sempurna.
5. Perhatikan jenis karangan yang perlu anda tulis dan pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang betul.
6. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan pemahaman yang jelas tentang tajuk karangan yang dipilih.
7. Kumpulkan seberapa banyak isi dan pastikan anda berupaya menghuraikan dan mengembangkan tajuk tersebut hingga menjadi karangan yang sempurna.

~Penyediaan Rangka Karangan

1. Rangka karangan menjadi pedoman untuk menghasilkan karangan yang sempurna.
2. Rangka karangan hanya perlu dibuat secara kasar sahaja,iaitu dalam bentuk ringkasan isi.
3. Karangan memerlukan beberapa elemen penting iaitu pendahuluan, isi-isi penting dan juga penutup.
4. Oleh itu, setiap elemen hendaklah dirangka secara kasar terlebih dahulu sebelum mula menulis karangan.
5. Pendahuluan haruslah dikaitkan terus dengan tajuk,sama ada isi semasa ataupun pendapat sendiri.
6. Isi-isi penting pula boleh terdiri daripada tiga hingga lima isi sahaja dan setiap isi ditulis dalam satu perenggan .
7. Penutup pula terdiri daripada satu perenggan dengan memberikan kesimpulan atau rumusan atau menyatakan pendirian atau memberikan saranan tentang tajuk.

Rujukan:Cerdik Publications 2008

1 ulasan:

  1. Proses menulis karangan adalah sama dalam Bahasa Iban. Terima kasih cikgu Mary atas perkongsian ini.

    BalasPadam