23 Disember 2010

KEPUTUSAN PMR 2010 [BAHASA MELAYU]

Alhamdulillah.segalanya sudah pun diketahui..Keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu PMR 2010 SMK Datuk Patinggi Kedit Betong amat meyakinkan saya untuk menghadapi tahun hadapan..

BAHASA MELAYU                     
                                                         A [31 org]  24.0%
                                                         B [54 org]  41.9%
                                                         C [35 org]  27.1%
                                                         D [8   org]  6.2  %
                                                         E [1    org] 0.8  %

Peratus lulus [A+B+C+D] = 99.2 peratus......GP 2.18

Perbezaan pencapaian bagi tahun-tahun sebelumnya :     
2009  [93.6%]    2008 = [99.17%]

20 Disember 2010

15 November 2010

Rakan-rakan guru yang dapat berpindah..



Biarlah kenangan di SMK Datuk Patinggi Kedit menjadi memori yang tidak dilupakan .Kenangi segala cabaran,usaha dan kerja keras anda semua di sini... Terima kasih diucapkan ,semoga perjuangan mendidik anak bangsa tetap utuh di hati...

Terima Kasih Cikgu Mohd Khanafean, Cikgu Mohd Hisham dan Puan Asmah(kwn sejati yang sukar dicari ganti)...................................................

Biarlah di mana-mana anda berada ,

"BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN"





Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Kebiasaannya,kita cuma memberi setelah adanya ungkapan permintaan,namun nilainya berbeza jika pemberian itu lahir sama sekali tidak daripada permintaan. Pemberian yang tidak diminta itu muncul sebagai suatu keikhlasan melalui kepekaan yang tinggi .Mungkin tidak ramai antara kita yang memeberi tanpa diminta maknanya tanpa diminta ,pemberian sudah mendahului ,sehinggakan tidak pernah sama sekali terfikir oleh si penerima.

Kehidupan manusia tidak pernah luput daripada meminta. Sedar atau tidak, kita memerlukan orang lain untuk memberi sesuatu yang kita perlukan Kalau suasana semula jadi manusia sudah selalu meminta,kenapa harus dibiasakan untuk meminta secara sengaja.Meminta dan terus meminta. Ada benarnya orang berkata,semakin kecil pengeluaran akan memperbesar kemasukan . Kian jarang memberi, simpanan semakin mapan. Mungkin itu sebabnya menjadikan orang enggan memberi...... .

08 November 2010

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH[PLBS]

Alhamdulillah..markah sudah selesai dikemas kini. Sijil pun sudah ditandatangani.....


" BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN"
PERKARA-PERKARA YANG BELUM SELESAI....
  • MAJLIS ANUGERAH PELAJAR [APC]
  • MAKAN MALAM SEKOLAH

07 November 2010

Aktiviti 2

PERTANDINGAN MEMBINA FOLIO BM
dilaksanakan oleh Pn.Mary Hayati(KP BM SMKDPK)

Syarat-syarat pertandingan:
1. Folio hendaklah dihasilkan secara berkumpulan.
2. Kandungan folio mestilah mengandungi tema-tema berikut.
  • Ekonomi
  • Sosial
  • Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Kebudayaan/Kesenian

3. Folio yang dihasilkan mestilah menunjukkan krestiviti kumpulan masing-masing.
4. Setiap folio yang dihasilkan mestilah mengandungi :

  • Muka depan
  • Senarai ahli kmpulan
  • Pendahuluan/pengenalan
  • Artikel yang diambil daripada surat khabar
  • Penutup/Rumusan folio yang telah dihasilkan
  • Perbendaharaan kata/glosari
  • Kulit belakang

Kriteria pemarkahan :

A Isi/Kandungan 50 markah
B Kerjasama 20 markah
C Kreativiti 30 markah

Hasil tangan pelajar:




AKTIVITI PANITIA BAHASA MALAYSIA SEMASA PROGRAM PASCA PMR

Aktiviti 1

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF [KBKK]

Pelaksanaan Aktiviti:
  • Pelajar diberi lakaran KBKK.
  • Pelajar diberi masa untuk mengembangkan lakaran supaya menjadi bentuk yang bermakna dengan beberapa kaedah(ubahkan,kecilkan,gantikan,atur semula,terbalikkan dan gabungkan)
  • Beberapa orang pelajar akan dipilih untuk menunjukkan hasil lakaran masing-masing.


Beberapa contoh hasil lakaran pelajar Pasca PMR:

03 November 2010

PERIBAHASA

Perumpamaan yang ada perbandingan :

  • Seperti bulan di pagar bintang ertinya seorang perawan yang kelihatan bertambah cantik apabila duduk dalam majlis yang ramai perawan lain yang cantik-cantik.
Contoh ayat: Ratu Malaysia itu kelihatan sungguh cantik seperti bulan dipagar bintang apabila dikelilingi oleh peserta lain dalam pertandingan ratu cantik itu.

  • Seperti cacing kepanasan ertinya keadaan orang yang tidak tentu arah atau tidak tenteram atau selalu gelisah kerana susah,malu,sakit dan lain-lain lagi.
Contoh ayat: Pencuri itu seperti cacing kepanasan kerana polis mulai mengesan perbuatannya



BUNGA RAYA..Bunga Kebangsaan Kita





BUNGA RAYA ialah bunga Kebangsaan Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Raya


01 November 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Lirik lagu BAHASA JIWA BANGSA


Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua

Yakinlah Bahasa Jiwa bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Kaedah-kaedah meningkatkan mutu sukan di negara ini. (Isi-isi karangan)

Rangka Karangan

Pendahuluan :
Atlet negara gagal membawa pulang seberapa banyak pingat dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa - sukan di Malaysia semakin merosot.

Isi Penting:
1. Mendapatkan khidmat jurulatih dari luar negara dalam sukan-sukan tertentu-badminton,bola sepak,renang,boling,hoki dan sebagainya.
2. Menyokong dan menggalakkan pertambahan pertubuhan sukan
-bersaing sesama sendiri secara sihat
-melahirkan lebih banyak jaguh sukan.
3. Menyediakan pelbagai kemudahan asas sukan-stadium,gelanggang permainan, serta peralatan sukan yang lengkap dan mencukupi
-menjalani latihan secara intensif
-mengasah bakat remaja
4. Peranan badan-badan korporat
-menaja atlet yang berpotensi- berlatih di dalam dan di luar negara - menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti sukan di sekolah .

Penutup :
Pelbagai pihak bertanggungjawab memajukan sukan - sukan dapat menaikkan imej negara - semangat kesukanan yang tinggi mampu menjadi kebanggaan negara.


mhr2010smkdpk"Bersama Menyumbang Ke arah Kecemerlangan"

28 Oktober 2010

PROGRAM PASCA PMR 2010







Bermacam-macam gelagat....

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Pendahuluan dalam sesebuah karangan amatlah penting.Pendahuluan akan memberikan gambaran pertama kepada pemeriksa tentang kualiti sesebuah hasil penulisan yang akan diperiksa. Kandungan perenggan pendahuluan adalah seperti berikut :
  • Jangan masukkan isi
  • 50/60 patah perkataan (untuk SPM)
  • Tepat (menjurus kepada soalan)
  • Jelas
  • Satu perenggan
  • Kaitkan dengan isu-isu semasa
Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan . Antaranya ialah :
1. Pendahuluan berbentuk persoalan
2. Pendahuluan berbentuk definisi
3. Pendahuluan berbentuk fakta
4. Pendahuluan berbentuk peribahasa
5. Pendahuluan berbentuk sejarah

PENDAHULUAN BERBENTUK PERSOALAN

Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian,isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat nmelanda negara kita.Gejala ini ibarat 'duri dalam daging'. Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalah? Di manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini ? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.

PENDAHULUAN BERBENTUK DEFINISI
Pembalakan boleh didefinisikan kerja-kerja atau usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis,iaitu pembalakan halal dan pembalakan haram. Pembalakan halal merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana mendapat kebenaran dan dokumen daripada pihak kerajaan. Sebaliknya pembalakan haram merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram.Akibat pe,balakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin kurang. Oleh itu,langkah-langkah perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.

PENDAHULUAN BERBENTUK FAKTA
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia.Lebih malang lagi,peratusan kes di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya,budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,malah perlu ditangani segera.

PENDAHULUAN BERBENTUK PERIBAHASA

Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah 'seperti kacang lupakan kulit' dan 'seperti ulat lupakan daun'.Peribahasa 'seperti kacang lupakan kulit' bermaksud seseorang yang lupa akan orang yang telah menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa,pertolongan dan pengorbanan orang lain kepada kita.Orang yang mengamalkan prinsip hidup'seperti akcang lupakan kulit' tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia ataupun akhirat.


PENDAHULUAN BERBENTUK SEJARAH

Malaysia dan Nusantara ,mempunyai bahasanya yang tersendiri ,iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau 'lingua franca' sejak lebih enam ratus tahun yang lalu,lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955,bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957,iaitu selepas merdeka, bahasa Mleayu disytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan negara.

"BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN"

SMKDPKEDIT2010



25 Oktober 2010

KELAB KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN SMKDPK [Lawatan di tempat-tempat menarik sekitar Bandar Betong]





Objektif Program:

Mengenali bandar Betong dengan lebih dekat.

Guru Pengiring :
a) Mdm Caroline Endia
b) Pn. Mary Hayati Binti Rosli

21 Oktober 2010

PROGRAM PASCA PMR 2010

Pelbagai gelagat pelajar yang dapat dilihat..Masing-masing sudah tidak sabar untuk menamatkan sesi persekolahan untuk tahun ini , namun jadual harus dipenuhi,kehadiran harus ditandai... Dalam keghairahan menunggu sekolah tamat, guru-guru turut merasai debaran menunggu keputusan PMR. Apakah hasilnya.....??
"Semoga anak-anak muridku beroleh kejayaan"
-biarlah kejayaan itu boleh membantu diri,keluarga,agama dan bangsa-

20 Oktober 2010

PANDUAN MENULIS SINOPSIS

Sinopsis sebenarnya ialah ringkasan cerita atau kisah yang menggambarkan keseluruhan karya. Sinopsis dibina berdasarkan rentetan peristiwa penting dalam sesebuah sesebuah cerita. Lazimnya,peristiwa penting ini dapat dikesan melalui pergerakan atau tindak-tanduk watak utama yang diketengahkan oleh penulis. Sinopsis merupakan suatu cara yang efektif untuk menyajikan novel yang panjang dalam bentuk yang singkat,tetapi masih tetap mempertahankan isi atau gagasan umum yang digarap oleh pengarangnya.

Ghalibnya,setiap pengarang mempunyai gaya tersendiri dalam mengemukakan ceritanya. Ada pengarang lebih suka menulis novel mereka mengikut bab-bab kecil, sama ada sekadar diberikan siri nombor mengikut urutan sahaja atau dengan mengemukakan sub-sub tajuk tertentu.Pada umumnya,sinopsis boleh dibina dalam satu perenggan atau beberapa perenggan berdasarkan cerita yang disampaikan oleh novelis.Untuk itu,sebelum menulis sinopsis pelajar perlu mengambil kira langkah-langkah yang berikut:

a. Membaca novel tersebut untuk mengetahui dan memahami cerita
keseluruhan.

b. Mengenal pasti watak-watak yang terlibat dalam cerita.

c. Mencatatkan setiap peristiwa penting mengikut bab.

d. Menulis semula cerita berdasarkan peristiwa-peristiwa.

Secara tuntasnya, menulis sinopsis bukanlah satu perkara yang susah atau membebankan kerana pelajar sudah pun mempunyai kemahiran menulis ringkasan. Yang penting, setiap sinopsis tidak boleh menyimpang daripada jalan cerita atau isi yang tedapat dalam novel yang dipelajari. Oleh itu,setiap sinopsis perlu ada peristiwa yang menggambarkan peringkat permulaan,perkembangan dan seterusnya peringkat kesudahan .Secara tidak langsung seseorang yang membaca sinopsis sesebuah novel walaupun ringkas dan padat,sedikit sebanyak dapat mengetahui jalan cerita novel berkenaan keseluruhannya,sekali gus dapat merangsang minat mereka untuk membaca novel tersebut.
e@siswa.april 2007 _mhr10

19 Oktober 2010

DPLI 2007




SEMOGA PERJUANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN INI MENJADI SATU PERJUANGAN YANG ABADI UNTUK ANAK BANGSA .....

PROSES PENULISAN KARANGAN

~Kemahiran Menulis Karangan

1. Penulisan karangan hendaklah menggunakan tulisan yang kemas,dapat dibaca,dan mudah difahami.
2. Karangan yang sempurna harus memiliki ciri-ciri tertentu,termasuklah mengikut kehendak tajuk atau soalan, pendahuluan dan penutup yang menarik serta isi yang cukup, tersusun dan lengkap.
3. Pengetahuan yang luas diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karangan yang sempurna.
4. Pengetahuan yang luas dapat diperoleh dengan banyak membaca bahan bacaan yang pelbagai bentuk.
5. Perancangan yang baik perlu ke arah penghasilan karangan yang sempurna.

~ Pemilihan Tajuk atau Soalan


1. Baca semua tajuk atau soalan yang dikemukakan terlebih dahulu dengan teliti.
2. Gariskan perkataan atau rangkai kata yang menjadi kata kunci dalam tajuk karangan.
3. Kata kunci seperi hurai,bincang,beri pendapat,bahas,lapor dan ulas mungkin menjadi panduan yang berguna kepada anda ketika menulis karangan.
4. Pilih satu tajuk yang benar-benar anda kuasai dan anda pasti boleh menghasilkan karangan yang sempurna.
5. Perhatikan jenis karangan yang perlu anda tulis dan pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang betul.
6. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan pemahaman yang jelas tentang tajuk karangan yang dipilih.
7. Kumpulkan seberapa banyak isi dan pastikan anda berupaya menghuraikan dan mengembangkan tajuk tersebut hingga menjadi karangan yang sempurna.

~Penyediaan Rangka Karangan

1. Rangka karangan menjadi pedoman untuk menghasilkan karangan yang sempurna.
2. Rangka karangan hanya perlu dibuat secara kasar sahaja,iaitu dalam bentuk ringkasan isi.
3. Karangan memerlukan beberapa elemen penting iaitu pendahuluan, isi-isi penting dan juga penutup.
4. Oleh itu, setiap elemen hendaklah dirangka secara kasar terlebih dahulu sebelum mula menulis karangan.
5. Pendahuluan haruslah dikaitkan terus dengan tajuk,sama ada isi semasa ataupun pendapat sendiri.
6. Isi-isi penting pula boleh terdiri daripada tiga hingga lima isi sahaja dan setiap isi ditulis dalam satu perenggan .
7. Penutup pula terdiri daripada satu perenggan dengan memberikan kesimpulan atau rumusan atau menyatakan pendirian atau memberikan saranan tentang tajuk.

Rujukan:Cerdik Publications 2008

17 Oktober 2010

KENANGAN DPLI UPM 2007

Bumi Semakin Tenat

BUMI ialah planet yang bertuah dan paling istimewa. Hal ini demikian kerana bumi dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan,gunung-ganang,bukit-bukau,sungai dan lautan .Manusia pula dicipta Tuhan dengan akal dan fikiran untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini .
Walau bagaimanapun, manusia semakin hari semakin lupa akan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Manusia dalam dunia sains dan teknologi hari ini semakin berlumba-lumba untuk mencari kemewahan semata-mata,sehingga banyak kawasan hutan gondol akibat pembangunan.Haiwan pula kehilangan habitat mereka akibat dijajah oleh tangan-tangan manusia yang rakus ini .
Kita juga melihat kesan pembangunan dan perindustrian yang mengeluarkan asap hutan dan sisa buangan yang kotor lagi beracun,yang menyebabkan bumi menjadi tempat yang tidak selamat untuk didiami.
Lapisan ozon mula menipis dan bocor. Air yang tercemar dengan sisa buangan kimia juga tidak selamat untuk diminum. Selain itu, longgokan bahan-bahan radioaktif sentiasa mengancam kehidupan manusia sejagat.
Sesungguhnya ,bumi dan tanah yang kita pijak dan duduki kini menampung dan menanggung 'kesakitan' dengan kejadian-kejadian hasil perlakuan manusia. Akibatnya,kita ditimpa pelbagai bencana alam seperti banjir,kemarau dan kebuluran. Sebagai manusia,kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang mencemaskan dunia masa kini sebagai panduan untuk kita terus memakmurkan bumi dengan aman dan sentosa.

14 Oktober 2010

PERANAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT MENIMBA ILMU

Sekolah merupakan institusi sosial paling penting di negara kita. Sekolah menjadi tempat para pelajar dididik dengan ilmu pengetahuan dan diterapkan dengan disiplin serta nilai-nilai positif iaitu bersopan-santun,menghormati, menjaga kebersihan diri dan sebagainya. Oleh itu, sekolah boleh dianggap sebagai pusat latihan yang memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup dan seterusnya mampu memimpin generasi yang akan datang .
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekolah menjadi tempat bagi pelajar untuk menimba ilmu .Fokus utama pembelajaran ialah membaca,menulis dan mengira. Dengan menguasai tiga aspek penting ini ,barulah seseorang pelajar itu boleh meneroka ilmu pengetahuan.Tanpa bimbingan dan pengajaran yang sewajarnya,tiga aspek yang dipelajari itu tidak akan membawa seseorang pelajar ke mana-mana. Oleh itu,guru memainkan peranan yang penting dalam sekolah.
Di sekolah,guru merupakan individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada para pelajar . Guru-guru dilatih khas dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Mereka mengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi hasrat dan cita-cita kerajaan.
Selain itu, sekolah juga menyediakan pendidikan secara foemal kepada kanak-kanak bermula usia tujuh tahun. Segala aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran disusun serta dirancang terlebih dahulu dan seterusnya disampaikan mengikut tahap umur kanak-kanak. Pendidikan adalah amat penting untuk seseorang individu. Oleh itu,setiap kanak-kanak harus pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya dapat mengikuti arus permodenan negara pada era globalisasi ini .
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dapat membuka minda mereka untuk berfikir secara kreatif dan praktis. Penerapan nilai-nilai membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Bak kata pepatah,badan sihat otak cergas.
Selain dapat membuka minda pelajar kegiatan kokurikulum juga di sekolah juga dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar serta menghalang mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan fikiran mereka.
Kesimpulannya, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk generasi yang berilmu. Oleh itu,suasana sekolah yang harmoni dan berdidplin selain daripada kebersihan amat dititikberatkan agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang baik.
mhr2010

13 Oktober 2010

MUTIARA KATA

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

MUTIARA KATA

MENCARI SRIKANDI (Muhammad Lutfi Ishak)

Siapa srikandi itu
yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata
sebagai senjata
dengan akal dan kata-kata ibu.
Ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut,
ia melentur pedang egoke dada para lelaki

Aku di sini menduga riak sirah
siapa pula selepas Fatimah
yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
di tengah Sahara,yang
mengasah jiwa suami setajam belati

Sementara nafasku mengenal
harum kesturi
akan lahirkah seorang srikandi
yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan.

Aku di sini di depan zaman
menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad

(Klang)
Di bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.