22 September 2011

BEGITU CEPAT MASA BERLALU..

HUSNA POTONG KEK DI TASKA

TENGAH LEKA BELEK LILIN

HAPPY BIRTHDAY TO U

EMAK, HUSNA DAN RAKAN-RAKAN

YIPPIE....


NUR HAZIRAH HUSNA BINTI IBRAHIM
Salam penuh ceria...
14 September 2007 yang berlaku, terasa baru semalam dilalui....namun kini sudah empat tahun rupa-rupanya tarikh itu ditinggalkan....
Nur Hazirah Husna Binti Ibrahim kini berusia 4 tahun...segala asam garam ,pahit, manis bersamamu..mak akan jadikan panduan untuk kita melayari kehidupan ini.....
Semalam dia mengadu " Emak, Cikgu.... kata, kalau adik Una dah keluar, mak tak sayang Una lagi", sayunya hati ibu ini..... Mana mungkin emak nak buang dan tinggalkan Una...Walau apa pun yang berlaku, Una tetap buah hati emak dan abah.....

Semoga Nur Hazirah Husna akan menjadi anak yang Solehah, mendengar kata dan anak yang baik kepada emak, abah dan semua yang kenal akan Una..

                              SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU....

PROGRAM PASCA PMR 2011[PANITIA BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 1 :   Pertandingan membina folio Bahasa Melayu
OBJEKTIF   :    1) Para pelajar dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.
                           2)   Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio.

AKTIVITI 2   :   PERMAINAN BAHASA 
OBJEKTIF    :     1) Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis permainan bahasa bagi memantapkan                                         kosa kata bahasa Melayu.
                               2)   menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.



AKTIVITI 3    :    MEMBINA PANTUN   
OBJEKTIF    :    1)Memperkenalkan pelajar dengan Pantun Melayu .
                            2)  menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun yang diberi.






SALAM DI AKHIR SYAWAL

Kita sudah pun menghampiri penghujung Syawal yang mulia... Ramadhan pun sudah lama meninggalkan kita.... Hari raya yang mulia ...bermaaf-maafan sesama kita amatlah dituntut ..semoga keberkatannya berpanjangan sepanjang tahun... Amin....