14 Oktober 2010

PERANAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT MENIMBA ILMU

Sekolah merupakan institusi sosial paling penting di negara kita. Sekolah menjadi tempat para pelajar dididik dengan ilmu pengetahuan dan diterapkan dengan disiplin serta nilai-nilai positif iaitu bersopan-santun,menghormati, menjaga kebersihan diri dan sebagainya. Oleh itu, sekolah boleh dianggap sebagai pusat latihan yang memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup dan seterusnya mampu memimpin generasi yang akan datang .
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekolah menjadi tempat bagi pelajar untuk menimba ilmu .Fokus utama pembelajaran ialah membaca,menulis dan mengira. Dengan menguasai tiga aspek penting ini ,barulah seseorang pelajar itu boleh meneroka ilmu pengetahuan.Tanpa bimbingan dan pengajaran yang sewajarnya,tiga aspek yang dipelajari itu tidak akan membawa seseorang pelajar ke mana-mana. Oleh itu,guru memainkan peranan yang penting dalam sekolah.
Di sekolah,guru merupakan individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada para pelajar . Guru-guru dilatih khas dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Mereka mengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi hasrat dan cita-cita kerajaan.
Selain itu, sekolah juga menyediakan pendidikan secara foemal kepada kanak-kanak bermula usia tujuh tahun. Segala aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran disusun serta dirancang terlebih dahulu dan seterusnya disampaikan mengikut tahap umur kanak-kanak. Pendidikan adalah amat penting untuk seseorang individu. Oleh itu,setiap kanak-kanak harus pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya dapat mengikuti arus permodenan negara pada era globalisasi ini .
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dapat membuka minda mereka untuk berfikir secara kreatif dan praktis. Penerapan nilai-nilai membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Bak kata pepatah,badan sihat otak cergas.
Selain dapat membuka minda pelajar kegiatan kokurikulum juga di sekolah juga dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar serta menghalang mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan fikiran mereka.
Kesimpulannya, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk generasi yang berilmu. Oleh itu,suasana sekolah yang harmoni dan berdidplin selain daripada kebersihan amat dititikberatkan agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang baik.
mhr2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan