13 Julai 2012

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU SMK DPK

Salam Perjuangan Menjulang SMKDPK...

Persatuan pun kena ada perlembagaan tau....nak tahu perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMK Datuk Patinggi Kedit ????

Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMKDPK


 
PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  DATUK PATINGGI KEDIT BETONG,
KM 7.2, JALAN KUCHING-BETONG, SARAWAK.

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.

PERATURAN 1                       NAMA DAN ALAMAT
a.      Nama Persatuan :               PERSATUAN BAHASA MELAYU
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong.

b.      Alamat :                           SMK Datuk Patinggi Kedit Betong,
KM 7.2,Jalan Kuching Betong,
95700 Betong, Sarawak.
PERATURAN 2                       MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3                       OBJEKTIF
3.1       Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2       Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi.
PERATURAN 4                       KEAHLIAN
            4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
            4.2       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan         
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5                       GURU PENASIHAT
            5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
            5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA
                6.1          Dilantik semasa mesyuarat agung.
                6.2          Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
                6.3          Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
                6.4          Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
                6.5          Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
                6.6          Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-
                               6.6.1      Pengerusi
                               6.6.2      Naib Pengerusi
                               6.6.3      Setiausaha
                               6.6.4      Penolong Setiausaha
                               6.6.5      Bendahari
                               6.6.6      Penolong Bendahari
                               6.6.7      Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
                               6.6.8      Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 :  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
                7.1          Pengerusi
7.1.1      Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2      Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
                7.2          Naib Pengerusi
7.2.1      Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
                               7.2.2      Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa pengerusi.
7.2.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

                7.3          Setiausaha
                               7.3.1      Menguruskan hal-hal surat menyurat.
                               7.3.2      Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
                               7.3.3      Mencatat kehadiran ahli.
                               7.3.4      Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
                7.4          Penolong Setiausaha
7.4.1      Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
                               7.4.2      Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
                               7.4.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari                                              semasa ke semasa.
                7.5          Bendahari
                               7.5.1      Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
7.5.2      Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara               kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3      Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4      Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5      Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
                7.6          Penolong Bendahari
                               7.6.1      Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
                7.7          Ahli Jawatankuasa
7.7.1      Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
                               7.7.2      Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
PERATURAN 8 : KEWANGAN
8.1          Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM1.00 seorang sebulan.
                8.2          Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.
8.3          Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4          Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1          Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2          Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1       Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
                11.1       Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
                11.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
                11.3       Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.
PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN
12.1       Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
                12.2       Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
                               12.2.1    Amaran Lisan
                               12.2.2    Amaran Bertulis
12.3       Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
                13.1       Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2       Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3       Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan dibincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4       Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1       Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14.2       Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN
15.1       Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
                15.2       Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.


......................................                            ....................................                                              .................................
(                                             )              (                                             )                              (                                       )
Setiausaha Persatuan                   Pengerusi Persatuan                                    Guru Penasihat
Bahasa Melayu.                                              Bahasa Melayu                                                Bahasa Melayu.

10 Julai 2012

SALAM PERJUANGAN MENJULANG SMKDPKEDIT 2012

SALAM 1 MALAYSIA......
Sudah, lama tidak ke udara... terima kasih kepada rakan yang jauh di Sabah mengingatkan saya tentang blog yang sudah lama ditinggalkan....Kesibukan kerja membataskan semunya.. Namun selepas mendapat Notebook 1 Malaysia ni, rasa semangat untuk menulis di dalam blog ini membuak-buak......Terima kasih atas pemberian Notebook ini dan yang pastinya kami amat menghargainya.....

"Bersama Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan"..