Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah itu Saga, Yang Cantik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa
28 Oktober 2010
MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN
- Jangan masukkan isi
- 50/60 patah perkataan (untuk SPM)
- Tepat (menjurus kepada soalan)
- Jelas
- Satu perenggan
- Kaitkan dengan isu-isu semasa
1. Pendahuluan berbentuk persoalan
2. Pendahuluan berbentuk definisi
3. Pendahuluan berbentuk fakta
4. Pendahuluan berbentuk peribahasa
5. Pendahuluan berbentuk sejarah
PENDAHULUAN BERBENTUK PERSOALAN
PENDAHULUAN BERBENTUK DEFINISI
Pembalakan boleh didefinisikan kerja-kerja atau usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis,iaitu pembalakan halal dan pembalakan haram. Pembalakan halal merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana mendapat kebenaran dan dokumen daripada pihak kerajaan. Sebaliknya pembalakan haram merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram.Akibat pe,balakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin kurang. Oleh itu,langkah-langkah perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
PENDAHULUAN BERBENTUK FAKTA
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia.Lebih malang lagi,peratusan kes di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya,budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,malah perlu ditangani segera.
PENDAHULUAN BERBENTUK PERIBAHASA
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah 'seperti kacang lupakan kulit' dan 'seperti ulat lupakan daun'.Peribahasa 'seperti kacang lupakan kulit' bermaksud seseorang yang lupa akan orang yang telah menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa,pertolongan dan pengorbanan orang lain kepada kita.Orang yang mengamalkan prinsip hidup'seperti akcang lupakan kulit' tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia ataupun akhirat.
PENDAHULUAN BERBENTUK SEJARAH
Malaysia dan Nusantara ,mempunyai bahasanya yang tersendiri ,iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau 'lingua franca' sejak lebih enam ratus tahun yang lalu,lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955,bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957,iaitu selepas merdeka, bahasa Mleayu disytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan negara.
"BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN"
SMKDPKEDIT2010
25 Oktober 2010
KELAB KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN SMKDPK [Lawatan di tempat-tempat menarik sekitar Bandar Betong]
21 Oktober 2010
PROGRAM PASCA PMR 2010
20 Oktober 2010
PANDUAN MENULIS SINOPSIS
Ghalibnya,setiap pengarang mempunyai gaya tersendiri dalam mengemukakan ceritanya. Ada pengarang lebih suka menulis novel mereka mengikut bab-bab kecil, sama ada sekadar diberikan siri nombor mengikut urutan sahaja atau dengan mengemukakan sub-sub tajuk tertentu.Pada umumnya,sinopsis boleh dibina dalam satu perenggan atau beberapa perenggan berdasarkan cerita yang disampaikan oleh novelis.Untuk itu,sebelum menulis sinopsis pelajar perlu mengambil kira langkah-langkah yang berikut:
a. Membaca novel tersebut untuk mengetahui dan memahami cerita
keseluruhan.
b. Mengenal pasti watak-watak yang terlibat dalam cerita.
c. Mencatatkan setiap peristiwa penting mengikut bab.
d. Menulis semula cerita berdasarkan peristiwa-peristiwa.
Secara tuntasnya, menulis sinopsis bukanlah satu perkara yang susah atau membebankan kerana pelajar sudah pun mempunyai kemahiran menulis ringkasan. Yang penting, setiap sinopsis tidak boleh menyimpang daripada jalan cerita atau isi yang tedapat dalam novel yang dipelajari. Oleh itu,setiap sinopsis perlu ada peristiwa yang menggambarkan peringkat permulaan,perkembangan dan seterusnya peringkat kesudahan .Secara tidak langsung seseorang yang membaca sinopsis sesebuah novel walaupun ringkas dan padat,sedikit sebanyak dapat mengetahui jalan cerita novel berkenaan keseluruhannya,sekali gus dapat merangsang minat mereka untuk membaca novel tersebut.
19 Oktober 2010
DPLI 2007
PROSES PENULISAN KARANGAN
1. Penulisan karangan hendaklah menggunakan tulisan yang kemas,dapat dibaca,dan mudah difahami.
2. Karangan yang sempurna harus memiliki ciri-ciri tertentu,termasuklah mengikut kehendak tajuk atau soalan, pendahuluan dan penutup yang menarik serta isi yang cukup, tersusun dan lengkap.
3. Pengetahuan yang luas diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karangan yang sempurna.
4. Pengetahuan yang luas dapat diperoleh dengan banyak membaca bahan bacaan yang pelbagai bentuk.
5. Perancangan yang baik perlu ke arah penghasilan karangan yang sempurna.
~ Pemilihan Tajuk atau Soalan
1. Baca semua tajuk atau soalan yang dikemukakan terlebih dahulu dengan teliti.
2. Gariskan perkataan atau rangkai kata yang menjadi kata kunci dalam tajuk karangan.
3. Kata kunci seperi hurai,bincang,beri pendapat,bahas,lapor dan ulas mungkin menjadi panduan yang berguna kepada anda ketika menulis karangan.
4. Pilih satu tajuk yang benar-benar anda kuasai dan anda pasti boleh menghasilkan karangan yang sempurna.
5. Perhatikan jenis karangan yang perlu anda tulis dan pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang betul.
6. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan pemahaman yang jelas tentang tajuk karangan yang dipilih.
7. Kumpulkan seberapa banyak isi dan pastikan anda berupaya menghuraikan dan mengembangkan tajuk tersebut hingga menjadi karangan yang sempurna.
~Penyediaan Rangka Karangan
1. Rangka karangan menjadi pedoman untuk menghasilkan karangan yang sempurna.
2. Rangka karangan hanya perlu dibuat secara kasar sahaja,iaitu dalam bentuk ringkasan isi.
3. Karangan memerlukan beberapa elemen penting iaitu pendahuluan, isi-isi penting dan juga penutup.
4. Oleh itu, setiap elemen hendaklah dirangka secara kasar terlebih dahulu sebelum mula menulis karangan.
5. Pendahuluan haruslah dikaitkan terus dengan tajuk,sama ada isi semasa ataupun pendapat sendiri.
6. Isi-isi penting pula boleh terdiri daripada tiga hingga lima isi sahaja dan setiap isi ditulis dalam satu perenggan .
7. Penutup pula terdiri daripada satu perenggan dengan memberikan kesimpulan atau rumusan atau menyatakan pendirian atau memberikan saranan tentang tajuk.
Rujukan:Cerdik Publications 2008
17 Oktober 2010
Bumi Semakin Tenat
Walau bagaimanapun, manusia semakin hari semakin lupa akan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Manusia dalam dunia sains dan teknologi hari ini semakin berlumba-lumba untuk mencari kemewahan semata-mata,sehingga banyak kawasan hutan gondol akibat pembangunan.Haiwan pula kehilangan habitat mereka akibat dijajah oleh tangan-tangan manusia yang rakus ini .
Kita juga melihat kesan pembangunan dan perindustrian yang mengeluarkan asap hutan dan sisa buangan yang kotor lagi beracun,yang menyebabkan bumi menjadi tempat yang tidak selamat untuk didiami.
Lapisan ozon mula menipis dan bocor. Air yang tercemar dengan sisa buangan kimia juga tidak selamat untuk diminum. Selain itu, longgokan bahan-bahan radioaktif sentiasa mengancam kehidupan manusia sejagat.
Sesungguhnya ,bumi dan tanah yang kita pijak dan duduki kini menampung dan menanggung 'kesakitan' dengan kejadian-kejadian hasil perlakuan manusia. Akibatnya,kita ditimpa pelbagai bencana alam seperti banjir,kemarau dan kebuluran. Sebagai manusia,kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang mencemaskan dunia masa kini sebagai panduan untuk kita terus memakmurkan bumi dengan aman dan sentosa.
14 Oktober 2010
PERANAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT MENIMBA ILMU
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekolah menjadi tempat bagi pelajar untuk menimba ilmu .Fokus utama pembelajaran ialah membaca,menulis dan mengira. Dengan menguasai tiga aspek penting ini ,barulah seseorang pelajar itu boleh meneroka ilmu pengetahuan.Tanpa bimbingan dan pengajaran yang sewajarnya,tiga aspek yang dipelajari itu tidak akan membawa seseorang pelajar ke mana-mana. Oleh itu,guru memainkan peranan yang penting dalam sekolah.
Di sekolah,guru merupakan individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada para pelajar . Guru-guru dilatih khas dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Mereka mengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi hasrat dan cita-cita kerajaan.
Selain itu, sekolah juga menyediakan pendidikan secara foemal kepada kanak-kanak bermula usia tujuh tahun. Segala aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran disusun serta dirancang terlebih dahulu dan seterusnya disampaikan mengikut tahap umur kanak-kanak. Pendidikan adalah amat penting untuk seseorang individu. Oleh itu,setiap kanak-kanak harus pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya dapat mengikuti arus permodenan negara pada era globalisasi ini .
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dapat membuka minda mereka untuk berfikir secara kreatif dan praktis. Penerapan nilai-nilai membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Bak kata pepatah,badan sihat otak cergas.
Selain dapat membuka minda pelajar kegiatan kokurikulum juga di sekolah juga dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar serta menghalang mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan fikiran mereka.
Kesimpulannya, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk generasi yang berilmu. Oleh itu,suasana sekolah yang harmoni dan berdidplin selain daripada kebersihan amat dititikberatkan agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang baik.
mhr2010
13 Oktober 2010
MUTIARA KATA
MENCARI SRIKANDI (Muhammad Lutfi Ishak)
yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata
sebagai senjata
dengan akal dan kata-kata ibu.
Ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut,
ia melentur pedang egoke dada para lelaki
Aku di sini menduga riak sirah
siapa pula selepas Fatimah
yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
di tengah Sahara,yang
mengasah jiwa suami setajam belati
Sementara nafasku mengenal
harum kesturi
akan lahirkah seorang srikandi
yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan.
Aku di sini di depan zaman
menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad
(Klang)
Di bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.