Rujukan peribahasa BM SPM Tingkatan 4 dan 5 boleh dilayari di blog ini.
http://www.bmspm.net/snperibahasa.htm
BLOG PANITIA BAHASA MALAYSIA , SMK DATUK PATINGGI KEDIT BETONG SARAWAK
Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah itu Saga, Yang Cantik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa
05 Ogos 2014
12 Julai 2013
KELAS TAMBAHAN. BAHASA MELAYU TINGAKATAN 5
KELAS TAMBAHAN (PROJEK KEDIT) Tingkatan 5
Tajuk Perbincangan : Rumusan Faedah permainan tradisional dan langkah-langkah untuk menghidupkan permainan tradisional.
SEJARAH PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU
Senangnya mencari sumber bacaan untuk menambah pengetahuan pada masa sekarang dengan hanya mengklik butang di Internet..
Mari kita membaca...Membaca Jambatan Ilmu..
08 Mei 2013
PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2013
Peraduan mengarang Esei Kenegaraan 2013 ini di anjurkan oleh Jabatan Penerangan untuk kali ke 22 dan bersempena dengan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia
Borang penyertaan boleh difotostat atau dimuat turun dari web Jabatan Penerangan Malaysia dengan melayari http://www.penerangan.gov.my/sarawak.... Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2013..
Warga SMKDPK.... bolehlah mengambil bahagian....
Terima kasih...
Borang penyertaan boleh difotostat atau dimuat turun dari web Jabatan Penerangan Malaysia dengan melayari http://www.penerangan.gov.my/sarawak.... Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2013..
Warga SMKDPK.... bolehlah mengambil bahagian....
Terima kasih...
ISI-ISI PENTING KARANGAN
Tajuk 1 : Kesan gejala gengterisme
a) menakutkan murid-murid baharu
b) menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran
c) menimbulkan kebimbangan ibu bapa
d) menjejaskan imej institusi pendidikan
Tajuk 2: Punca peningkatan kadar jenayah
a) sikap masyarakat
b) Kebanjiran pendatang asing
c) Kekurangan anggota keselamatan
d) Desakan hidup
Tajuk 3: Kesan jenayah ragut kepada masyarakat
a) Menejejaskan imej negara
b) Mengancam dan membahayakan keselamatan orang lain
c) Menyebabkan kerugian harta benda
d) Menimbulkan kebimbangan masyarakat
Tajuk 4: Kesan pemanasan global
a) Peningkatan suhu dunia
b) Menjejaskan kualiti hidup
c) Kemarau berpanjangan
d) Kerugian dan kemusnahan harta benda
Tajuk 5: Kepentingan Sungai Kepada masyarakat
a) Sumber bekalan air bersih
b) Sumber protein
c) Sumber pendapatan nelayan
d) Sistem pengangkutan di kawasan pedalaman
Tajuk 6: Faedah Bersukan
a) Meningkatkan tahap kecergasan
b) Memupuk semangat perpaduan
c) Meningkatkan imej negara
d) membangkitkan semangat patriotik
a) menakutkan murid-murid baharu
b) menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran
c) menimbulkan kebimbangan ibu bapa
d) menjejaskan imej institusi pendidikan
Tajuk 2: Punca peningkatan kadar jenayah
a) sikap masyarakat
b) Kebanjiran pendatang asing
c) Kekurangan anggota keselamatan
d) Desakan hidup
Tajuk 3: Kesan jenayah ragut kepada masyarakat
a) Menejejaskan imej negara
b) Mengancam dan membahayakan keselamatan orang lain
c) Menyebabkan kerugian harta benda
d) Menimbulkan kebimbangan masyarakat
Tajuk 4: Kesan pemanasan global
a) Peningkatan suhu dunia
b) Menjejaskan kualiti hidup
c) Kemarau berpanjangan
d) Kerugian dan kemusnahan harta benda
Tajuk 5: Kepentingan Sungai Kepada masyarakat
a) Sumber bekalan air bersih
b) Sumber protein
c) Sumber pendapatan nelayan
d) Sistem pengangkutan di kawasan pedalaman
Tajuk 6: Faedah Bersukan
a) Meningkatkan tahap kecergasan
b) Memupuk semangat perpaduan
c) Meningkatkan imej negara
d) membangkitkan semangat patriotik
07 Mei 2013
IMPIAN DAN CITA-CITA
SALAM..
Setiap insan mempunyai cita-cita dan impian.....Sebagai rujukan sahaja...blog ini boleh digunakan sebagai panduan guru-guru http://mgcm2008.blogspot.com/......
Terima kasih cikgu....
Setiap insan mempunyai cita-cita dan impian.....Sebagai rujukan sahaja...blog ini boleh digunakan sebagai panduan guru-guru http://mgcm2008.blogspot.com/......
Terima kasih cikgu....
PENGAJARAN TATABAHASA
SALAM...
Sempat juga menjenguk ke blog ini untuk membaca cara dan berkongsi maklumat untuk mengajar aspek Tatabahasa Bahasa Melayu...Untuk bacaan lanjut, bolehlah ke blog ini... terima kasih cikgu..
http://gurubm.blogspot.com/
Sempat juga menjenguk ke blog ini untuk membaca cara dan berkongsi maklumat untuk mengajar aspek Tatabahasa Bahasa Melayu...Untuk bacaan lanjut, bolehlah ke blog ini... terima kasih cikgu..
http://gurubm.blogspot.com/
Peperiksaan Kendalian Sekolah Pertama (PKS1)
Salam Perjuangan Menjulang SMKDPK....
Hari ini bermulanya Peperiksaan Kendalian Sekolah yang Pertama bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 yang selama ini bertungkus lumus dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) manakala peperiksaan kedua bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMKDPK..Peperiksaan dimulakan dengan Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2.
Semoga semua pelajar dapat meningkatkan prestasi diri dalam peperiksaan ini..
Salam ukhwah dari Cikgu....
Hari ini bermulanya Peperiksaan Kendalian Sekolah yang Pertama bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 yang selama ini bertungkus lumus dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) manakala peperiksaan kedua bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMKDPK..Peperiksaan dimulakan dengan Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2.
Semoga semua pelajar dapat meningkatkan prestasi diri dalam peperiksaan ini..
Salam ukhwah dari Cikgu....
11 Mac 2013
10 Februari 2013
13 Julai 2012
PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU SMK DPK
Salam Perjuangan Menjulang SMKDPK...
Persatuan pun kena ada perlembagaan tau....nak tahu perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMK Datuk Patinggi Kedit ????
Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMKDPK
Persatuan pun kena ada perlembagaan tau....nak tahu perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMK Datuk Patinggi Kedit ????
Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMKDPK
PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK PATINGGI KEDIT BETONG,
KM 7.2, JALAN KUCHING-BETONG,
SARAWAK.
PERATURAN-PERATURAN
(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A)
196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan
(Perlembagaan) Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong yang selepas ini
disebut sebagai “persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a.
Nama
Persatuan : PERSATUAN
BAHASA MELAYU
Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong.
b.
Alamat
: SMK Datuk
Patinggi Kedit Betong,
KM 7.2,Jalan
Kuching Betong,
95700
Betong, Sarawak.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid
untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba
ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha
untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta
bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan
cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada
guru sekolah ini.
5.2 Guru
Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik
semasa mesyuarat agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi
menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara
undian.
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik
oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak
meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah
terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung
kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
PERATURAN 7 : TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua
mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit
mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa
pengerusi.
7.2.3 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
7.3.5 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha
dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu
ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata
Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan
kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan
Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu
ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan
tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
PERATURAN 8 : KEWANGAN
8.1 Sumber utama
kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung
dan telah diluluskan sebanyak RM1.00 seorang sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh sumber
kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang
bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua
pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya
mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan
dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang
tahun.
9.2 Kegagalan berbuat
demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti
yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan
aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi
peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah
dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan
dikenakan tindakan tataterbit.
PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli
yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara
berikut:
12.2.1 Amaran Lisan
12.2.2 Amaran Bertulis
12.3 Ahli yang tidak
berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini
sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan
perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas
yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan dibincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang
telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa
untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
14.2 Segala hutang wajib
dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu
mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan
mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
...................................... .................................... .................................
( ) ( ) ( )
Setiausaha Persatuan Pengerusi
Persatuan Guru
Penasihat
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Bahasa
Melayu.
10 Julai 2012
SALAM PERJUANGAN MENJULANG SMKDPKEDIT 2012
SALAM 1 MALAYSIA......
Sudah, lama tidak ke udara... terima kasih kepada rakan yang jauh di Sabah mengingatkan saya tentang blog yang sudah lama ditinggalkan....Kesibukan kerja membataskan semunya.. Namun selepas mendapat Notebook 1 Malaysia ni, rasa semangat untuk menulis di dalam blog ini membuak-buak......Terima kasih atas pemberian Notebook ini dan yang pastinya kami amat menghargainya.....
"Bersama Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan"..
Sudah, lama tidak ke udara... terima kasih kepada rakan yang jauh di Sabah mengingatkan saya tentang blog yang sudah lama ditinggalkan....Kesibukan kerja membataskan semunya.. Namun selepas mendapat Notebook 1 Malaysia ni, rasa semangat untuk menulis di dalam blog ini membuak-buak......Terima kasih atas pemberian Notebook ini dan yang pastinya kami amat menghargainya.....
"Bersama Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan"..
17 Oktober 2011
PERTANDINGAN SAYEMBARA BICARA BERIRAMA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2011
SMK DATUK PATINGGI KEDIT telah menghantar penyertaan ke pertandingan ini . Seramai 24 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah berangkat ke SMK Spaoh yang telah menjadi tuan rumah.Walaupun nasib tidak menyebelahi, namun semangat dan kegigihan para pelajar amatlah dibanggakan.. Saya bagi pihak sekolah amat berterima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan. Semoga pada tahun hadapan, kita tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.... terima kasih semua...
Beberapa keping gambar sebagai buah tangan :
Peserta SMK DP KEDIT sabar menunggu giliran |
Peserta sekolah lain |
Pasukan SMK DP KEDIT |
16 Oktober 2011
PROGRAM PASCA PMR 2011 (BM)
Tahun ini, 3 slot telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Program/aktiviti yang telah dirangka ialah :
PROGRAM PASCA PMR 2011
AKTIVITI 1
PERTANDINGAN : MEMBINA FOLIO BAHASA MELAYU
OBJEKTIF : 1) Mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam
dan di luar negara.
2) Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio .
PELAKSANAAN :
1. Pelajar akan membina folio berdasarkan kumpulan yang sudah sedia ada.
2. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, gunting, gam dan kertas A4 (untuk
melekatkan artikel).
3. Pelajar diberi masa 1 jam untuk mencari artikel yang diperlukan dan melekatkannya di dalam folio.
4. Folio mestilah dibahagikan kepada subtopik : [remaja, ekonomi, alam sekitar, dan berita semasa]
5. Kreativiti pelajar akan diambil kira dalam menentukan pemenang.
BAHAN-BAHAN:
- Surat khabar (diperolehi dari Pusat Sumber)
- gunting
- gam
- kertas A4
PEMARKAHAN:
1. Isu –isu semasa yang dipilih = 50m
2. Kreativiti = 20m
3. Kerjasama = 20m
4. Kekemasan = 10m
JUMLAH MARKAH = 100mAKTIVITI 2
PERTANDINGAN : PERMAINAN BAHASA
OBJEKTIF : 1) Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis
permainan bahasa bagi memantapkan kosa kata Bahasa Melayu.
2) menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.
PELAKSANAAN :
1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan setiap satu permainan bahasa sehingga tamat.
3. Setiap permainan yang sudah selesai perlu dirujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul. Sekiranya betul, setiap kumpulan akan diberikan satu persatu permainan lain sehingga selesai. Sekiranya salah, kumpulan tersebut perlu mencari jawapan sehingga betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan keempat-empat permainan dianggap sebagai pemenang.
Turutan permainan bahasa :
1. PROSEDUR CLOZE
2. MENANGGA KATA
3. GANDA HURUF
4. DELAPAN KEKATA
BAHAN-BAHAN:
1. Permainan bahasa
AKTIVITI 3
PERTANDINGAN : MEMBINA PANTUN
OBJEKTIF : 1) Memperkenalkan pelajar denganPANTUN MELAYU.
2) menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun yang diberi.
PELAKSANAAN :
1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan pantun dengan maksud yang betul berdasarkan pembayang yang sudah diberi..
3. Setiap kumpulan yang sudah selesai melengkapkan pantun perlu merujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan enam(6) pantun dianggap sebagai pemenang.
BAHAN-BAHAN:
1. pantun Melayu
Disediakan oleh : Pn. Mary Hayati Binti Rosli
Ketua Panitia BM
Langgan:
Catatan (Atom)