16 Oktober 2011

PROGRAM PASCA PMR 2011 (BM)

Tahun ini, 3 slot telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Program/aktiviti yang telah dirangka ialah :

PROGRAM PASCA PMR 2011
AKTIVITI 1

PERTANDINGAN    :           MEMBINA FOLIO BAHASA MELAYU

OBJEKTIF                 :           1)         Mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam
dan di luar negara.
2)         Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio .

PELAKSANAAN       :          
1. Pelajar akan membina folio berdasarkan kumpulan yang sudah sedia ada.
2. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, gunting, gam dan kertas A4 (untuk
melekatkan artikel).
3. Pelajar diberi masa 1 jam untuk mencari artikel yang diperlukan dan melekatkannya di dalam folio.
4. Folio mestilah dibahagikan kepada subtopik : [remaja, ekonomi, alam sekitar, dan berita semasa]
5. Kreativiti pelajar akan diambil kira dalam menentukan pemenang.

BAHAN-BAHAN:
-         Surat khabar (diperolehi dari Pusat Sumber)
-         gunting
-         gam
-         kertas A4

PEMARKAHAN:
1. Isu –isu semasa yang dipilih          =          50m
2. Kreativiti                                        =          20m
3. Kerjasama                                      =          20m
4. Kekemasan                                    =          10m
            JUMLAH  MARKAH           =        100m


AKTIVITI 2

PERTANDINGAN    :           PERMAINAN BAHASA  

OBJEKTIF                 :           1)         Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis
             permainan bahasa bagi memantapkan kosa kata Bahasa Melayu.
2)         menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.
           

PELAKSANAAN       :          

1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan setiap satu permainan bahasa sehingga tamat.
3. Setiap permainan yang sudah selesai perlu dirujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul. Sekiranya betul, setiap kumpulan akan diberikan satu persatu permainan lain sehingga selesai. Sekiranya salah, kumpulan tersebut perlu mencari jawapan sehingga betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan keempat-empat permainan dianggap sebagai pemenang.

Turutan permainan bahasa : 

1.         PROSEDUR CLOZE
2.         MENANGGA KATA
3.         GANDA HURUF
4.         DELAPAN KEKATA


BAHAN-BAHAN:
1. Permainan bahasa


AKTIVITI 3

PERTANDINGAN    :           MEMBINA PANTUN  

OBJEKTIF                 :           1)         Memperkenalkan pelajar denganPANTUN    MELAYU.
2)         menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun  yang diberi.
           

PELAKSANAAN       :          

1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan pantun dengan maksud yang betul berdasarkan pembayang yang sudah diberi..
3. Setiap kumpulan  yang sudah selesai melengkapkan pantun perlu merujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan enam(6) pantun  dianggap sebagai pemenang.



BAHAN-BAHAN:
1. pantun Melayu

 Disediakan oleh : Pn. Mary Hayati Binti Rosli
                             Ketua Panitia BM


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan