Salam Perjuangan Menjulang SMKDPK...
Persatuan pun kena ada perlembagaan tau....nak tahu perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMK Datuk Patinggi Kedit ????
Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMKDPK
Persatuan pun kena ada perlembagaan tau....nak tahu perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMK Datuk Patinggi Kedit ????
Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu SMKDPK
PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK PATINGGI KEDIT BETONG,
KM 7.2, JALAN KUCHING-BETONG,
SARAWAK.
PERATURAN-PERATURAN
(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A)
196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan
(Perlembagaan) Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong yang selepas ini
disebut sebagai “persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a.
Nama
Persatuan : PERSATUAN
BAHASA MELAYU
Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong.
b.
Alamat
: SMK Datuk
Patinggi Kedit Betong,
KM 7.2,Jalan
Kuching Betong,
95700
Betong, Sarawak.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid
untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba
ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha
untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta
bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan
cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada
guru sekolah ini.
5.2 Guru
Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik
semasa mesyuarat agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi
menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara
undian.
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik
oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak
meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah
terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung
kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
PERATURAN 7 : TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua
mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit
mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa
pengerusi.
7.2.3 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
7.3.5 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha
dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu
ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata
Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan
kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan
Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu
ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan
tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
PERATURAN 8 : KEWANGAN
8.1 Sumber utama
kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung
dan telah diluluskan sebanyak RM1.00 seorang sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh sumber
kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang
bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua
pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya
mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan
dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang
tahun.
9.2 Kegagalan berbuat
demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti
yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan
aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi
peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah
dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan
dikenakan tindakan tataterbit.
PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli
yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara
berikut:
12.2.1 Amaran Lisan
12.2.2 Amaran Bertulis
12.3 Ahli yang tidak
berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini
sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan
perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas
yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan dibincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang
telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa
untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
14.2 Segala hutang wajib
dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu
mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan
mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
...................................... .................................... .................................
( ) ( ) ( )
Setiausaha Persatuan Pengerusi
Persatuan Guru
Penasihat
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Bahasa
Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan