Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah itu Saga, Yang Cantik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa
17 Oktober 2011
PERTANDINGAN SAYEMBARA BICARA BERIRAMA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2011
SMK DATUK PATINGGI KEDIT telah menghantar penyertaan ke pertandingan ini . Seramai 24 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah berangkat ke SMK Spaoh yang telah menjadi tuan rumah.Walaupun nasib tidak menyebelahi, namun semangat dan kegigihan para pelajar amatlah dibanggakan.. Saya bagi pihak sekolah amat berterima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan. Semoga pada tahun hadapan, kita tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.... terima kasih semua...
Beberapa keping gambar sebagai buah tangan :
Peserta SMK DP KEDIT sabar menunggu giliran |
Peserta sekolah lain |
Pasukan SMK DP KEDIT |
16 Oktober 2011
PROGRAM PASCA PMR 2011 (BM)
Tahun ini, 3 slot telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Program/aktiviti yang telah dirangka ialah :
PROGRAM PASCA PMR 2011
AKTIVITI 1
PERTANDINGAN : MEMBINA FOLIO BAHASA MELAYU
OBJEKTIF : 1) Mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam
dan di luar negara.
2) Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio .
PELAKSANAAN :
1. Pelajar akan membina folio berdasarkan kumpulan yang sudah sedia ada.
2. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, gunting, gam dan kertas A4 (untuk
melekatkan artikel).
3. Pelajar diberi masa 1 jam untuk mencari artikel yang diperlukan dan melekatkannya di dalam folio.
4. Folio mestilah dibahagikan kepada subtopik : [remaja, ekonomi, alam sekitar, dan berita semasa]
5. Kreativiti pelajar akan diambil kira dalam menentukan pemenang.
BAHAN-BAHAN:
- Surat khabar (diperolehi dari Pusat Sumber)
- gunting
- gam
- kertas A4
PEMARKAHAN:
1. Isu –isu semasa yang dipilih = 50m
2. Kreativiti = 20m
3. Kerjasama = 20m
4. Kekemasan = 10m
JUMLAH MARKAH = 100mAKTIVITI 2
PERTANDINGAN : PERMAINAN BAHASA
OBJEKTIF : 1) Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis
permainan bahasa bagi memantapkan kosa kata Bahasa Melayu.
2) menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.
PELAKSANAAN :
1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan setiap satu permainan bahasa sehingga tamat.
3. Setiap permainan yang sudah selesai perlu dirujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul. Sekiranya betul, setiap kumpulan akan diberikan satu persatu permainan lain sehingga selesai. Sekiranya salah, kumpulan tersebut perlu mencari jawapan sehingga betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan keempat-empat permainan dianggap sebagai pemenang.
Turutan permainan bahasa :
1. PROSEDUR CLOZE
2. MENANGGA KATA
3. GANDA HURUF
4. DELAPAN KEKATA
BAHAN-BAHAN:
1. Permainan bahasa
AKTIVITI 3
PERTANDINGAN : MEMBINA PANTUN
OBJEKTIF : 1) Memperkenalkan pelajar denganPANTUN MELAYU.
2) menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun yang diberi.
PELAKSANAAN :
1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan pantun dengan maksud yang betul berdasarkan pembayang yang sudah diberi..
3. Setiap kumpulan yang sudah selesai melengkapkan pantun perlu merujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan enam(6) pantun dianggap sebagai pemenang.
BAHAN-BAHAN:
1. pantun Melayu
Disediakan oleh : Pn. Mary Hayati Binti Rosli
Ketua Panitia BM
Langgan:
Catatan (Atom)