17 Oktober 2011

PROGRAM PECUTAN AKHIR PMR 2011 (BAHASA MELAYU)

GAMBAR-GAMBAR SUASANA  PROGRAM:






PERTANDINGAN SAYEMBARA BICARA BERIRAMA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2011

SMK DATUK PATINGGI KEDIT telah menghantar penyertaan ke pertandingan ini . Seramai 24 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah berangkat ke SMK Spaoh yang telah menjadi tuan rumah.Walaupun nasib tidak menyebelahi, namun semangat dan kegigihan para pelajar amatlah dibanggakan.. Saya bagi pihak sekolah amat berterima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan. Semoga pada tahun hadapan, kita tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.... terima kasih semua...

Beberapa keping gambar sebagai buah tangan :
Peserta SMK DP KEDIT sabar menunggu giliran

Peserta sekolah lain







Pasukan SMK DP KEDIT




 

16 Oktober 2011

PROGRAM PASCA PMR 2011 (BM)

Tahun ini, 3 slot telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Program/aktiviti yang telah dirangka ialah :

PROGRAM PASCA PMR 2011
AKTIVITI 1

PERTANDINGAN    :           MEMBINA FOLIO BAHASA MELAYU

OBJEKTIF                 :           1)         Mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam
dan di luar negara.
2)         Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio .

PELAKSANAAN       :          
1. Pelajar akan membina folio berdasarkan kumpulan yang sudah sedia ada.
2. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, gunting, gam dan kertas A4 (untuk
melekatkan artikel).
3. Pelajar diberi masa 1 jam untuk mencari artikel yang diperlukan dan melekatkannya di dalam folio.
4. Folio mestilah dibahagikan kepada subtopik : [remaja, ekonomi, alam sekitar, dan berita semasa]
5. Kreativiti pelajar akan diambil kira dalam menentukan pemenang.

BAHAN-BAHAN:
-         Surat khabar (diperolehi dari Pusat Sumber)
-         gunting
-         gam
-         kertas A4

PEMARKAHAN:
1. Isu –isu semasa yang dipilih          =          50m
2. Kreativiti                                        =          20m
3. Kerjasama                                      =          20m
4. Kekemasan                                    =          10m
            JUMLAH  MARKAH           =        100m


AKTIVITI 2

PERTANDINGAN    :           PERMAINAN BAHASA  

OBJEKTIF                 :           1)         Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis
             permainan bahasa bagi memantapkan kosa kata Bahasa Melayu.
2)         menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.
           

PELAKSANAAN       :          

1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan setiap satu permainan bahasa sehingga tamat.
3. Setiap permainan yang sudah selesai perlu dirujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul. Sekiranya betul, setiap kumpulan akan diberikan satu persatu permainan lain sehingga selesai. Sekiranya salah, kumpulan tersebut perlu mencari jawapan sehingga betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan keempat-empat permainan dianggap sebagai pemenang.

Turutan permainan bahasa : 

1.         PROSEDUR CLOZE
2.         MENANGGA KATA
3.         GANDA HURUF
4.         DELAPAN KEKATA


BAHAN-BAHAN:
1. Permainan bahasa


AKTIVITI 3

PERTANDINGAN    :           MEMBINA PANTUN  

OBJEKTIF                 :           1)         Memperkenalkan pelajar denganPANTUN    MELAYU.
2)         menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun  yang diberi.
           

PELAKSANAAN       :          

1. Permainan bahasa akan dilaksanakan dalam kumpulan yang sudah ditetapkan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan pantun dengan maksud yang betul berdasarkan pembayang yang sudah diberi..
3. Setiap kumpulan  yang sudah selesai melengkapkan pantun perlu merujuk kepada guru yang bertugas /dilantik untuk menentukan jawapan yang betul.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya menyelesaikan enam(6) pantun  dianggap sebagai pemenang.



BAHAN-BAHAN:
1. pantun Melayu

 Disediakan oleh : Pn. Mary Hayati Binti Rosli
                             Ketua Panitia BM


 

22 September 2011

BEGITU CEPAT MASA BERLALU..

HUSNA POTONG KEK DI TASKA

TENGAH LEKA BELEK LILIN

HAPPY BIRTHDAY TO U

EMAK, HUSNA DAN RAKAN-RAKAN

YIPPIE....


NUR HAZIRAH HUSNA BINTI IBRAHIM
Salam penuh ceria...
14 September 2007 yang berlaku, terasa baru semalam dilalui....namun kini sudah empat tahun rupa-rupanya tarikh itu ditinggalkan....
Nur Hazirah Husna Binti Ibrahim kini berusia 4 tahun...segala asam garam ,pahit, manis bersamamu..mak akan jadikan panduan untuk kita melayari kehidupan ini.....
Semalam dia mengadu " Emak, Cikgu.... kata, kalau adik Una dah keluar, mak tak sayang Una lagi", sayunya hati ibu ini..... Mana mungkin emak nak buang dan tinggalkan Una...Walau apa pun yang berlaku, Una tetap buah hati emak dan abah.....

Semoga Nur Hazirah Husna akan menjadi anak yang Solehah, mendengar kata dan anak yang baik kepada emak, abah dan semua yang kenal akan Una..

                              SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU....

PROGRAM PASCA PMR 2011[PANITIA BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 1 :   Pertandingan membina folio Bahasa Melayu
OBJEKTIF   :    1) Para pelajar dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.
                           2)   Melatih pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan folio.

AKTIVITI 2   :   PERMAINAN BAHASA 
OBJEKTIF    :     1) Memperkenalkan pelajar dengan beberapa jenis permainan bahasa bagi memantapkan                                         kosa kata bahasa Melayu.
                               2)   menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi.



AKTIVITI 3    :    MEMBINA PANTUN   
OBJEKTIF    :    1)Memperkenalkan pelajar dengan Pantun Melayu .
                            2)  menguji kecekapan pelajar untuk menyelesaikan maksud pantun yang diberi.






SALAM DI AKHIR SYAWAL

Kita sudah pun menghampiri penghujung Syawal yang mulia... Ramadhan pun sudah lama meninggalkan kita.... Hari raya yang mulia ...bermaaf-maafan sesama kita amatlah dituntut ..semoga keberkatannya berpanjangan sepanjang tahun... Amin....

08 Mac 2011

Salam Ukhwah semua..

Kesibukan tugas seharian menghalang saya untuk  menulis di sini... sekiranya sudah lapang,Insya-Allah akan diteruskan pada masa akan datang . harap maklum

18 Januari 2011

CERPEN : PERTEMUAN

SINOPSIS

Mun, seekor kucing yang terbiar mencari makanan di sebuah gerai. Seorang kanak-kanak kasihan kepada Mun dan mencuba mengusap kepada Mun,tetapi dia dimarahi oleh ibunya.Mun kemudiannya dimarahi oleh ibunya. Mun kemudiannya dimarahi dan dipukul oleh pemilik kedai menyebabkan Mun terpaksa  ke tempat lain. Semasa Mun menyelongkar sebuah tong sampah, Mun diserang oleh seekor anjing lalu terpaksa melarikan diri  hingga mencelah masuk melalui pagar sebuah rumah yang besar. Mun bertemu dengan Jonny,seekor kucing Parsi yang cantik  yang berada di dalam kurungan. Mun menganggap Jonny amat bertuah kerana disayangi dan kesihatannya  dijaga dengan baik oleh tuannya. Namun, Jonny pula menganggap sebaliknya kerana Mun dapat hidup bebas. Mun dan Jonny berpakat untuk bertukar tempat kerana Jonny mengingini kebebasan. ,manakala  Mun pula berkehendakkan kesenangan dan keselesaan hidup. Sewaktu Mun berusaha untuk membuka kunci kandang Jonny, Mun dipukul oleh tuan Jonny lalu terpaksa menyelamatkan diri. Mun cedera dan tidak mampu untuk bergerak lagi. Mun hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Mun dibawa ke klinik haiwan untuk dirawat.

ISU-ISU INTERLOK

Interlok menceritakan mengenai tiga keturunan generasi awal: ibu bapa Halimah (Mak Limah), ibu bapa Pak Musa, Kim Lock dan Perumal. Generasi kedua, Mak Limah, Pak Musa, Cing Huat, Maniam dan Malini. Generasi ketiga; Seman, Gayah, Yew Seng, Poh Eng dan Inspektor Ramakrisna. Watak ini diolah untuk menggambarkan suasana dan realiti ketika itu. Interlok adalah buku mengenai zaman kebangkitan rakyat pelbagai kaum Malaysia. Mereka ini adalah watak yang dibentuk mewakili realiti kehidupan pada zaman itu.

Untuk lebih lanjut >>>>

CERPEN SAYANG AYAH [Antologi Anak Bumi Tercinta]

SINOPSIS
Cikgu Bustam menyuruh murid-murid Tahun Enam Kenanga menulis karangan yang bertajuk "Saya Sayang Ayah". Karangan itu perlu dihantar pada keesokan hari. Anggamah tidak tahu untuk menulis karangan itu kerana ayah tirinya sering memukul dan menderanya. Emaknya pula tidak pernah membantunya,malahan sering memarahinya.Keesokan harinya,Anggamah tidak menghantar buku karangan. Cikgu Bustam memanggil Anggamah.Anggamah hanya menangis apabila Cikgu Bustam bertanyakan masalahnya. Suatu hari, Anggamah memberitahu Cikgu Bustam bahawa dia dipukul oleh ayahnya dengan tali pinggang sehingga seluruh badannya lebam-lebam. Guru Besar dan Cikgu Bustam bercadang untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Sebelum mereka sempat berbuat demikian,dua orang anggota polis memberitahu mereka bahawa ayah Anggamah mengalami kemalangan di tempat kerjanya. Ayah Anggamah akhirnya meninggal dunia.Angamah mengatakan bahawa dia menyayangi ayahnya itu.