18 Januari 2011

CERPEN : PERTEMUAN

SINOPSIS

Mun, seekor kucing yang terbiar mencari makanan di sebuah gerai. Seorang kanak-kanak kasihan kepada Mun dan mencuba mengusap kepada Mun,tetapi dia dimarahi oleh ibunya.Mun kemudiannya dimarahi oleh ibunya. Mun kemudiannya dimarahi dan dipukul oleh pemilik kedai menyebabkan Mun terpaksa  ke tempat lain. Semasa Mun menyelongkar sebuah tong sampah, Mun diserang oleh seekor anjing lalu terpaksa melarikan diri  hingga mencelah masuk melalui pagar sebuah rumah yang besar. Mun bertemu dengan Jonny,seekor kucing Parsi yang cantik  yang berada di dalam kurungan. Mun menganggap Jonny amat bertuah kerana disayangi dan kesihatannya  dijaga dengan baik oleh tuannya. Namun, Jonny pula menganggap sebaliknya kerana Mun dapat hidup bebas. Mun dan Jonny berpakat untuk bertukar tempat kerana Jonny mengingini kebebasan. ,manakala  Mun pula berkehendakkan kesenangan dan keselesaan hidup. Sewaktu Mun berusaha untuk membuka kunci kandang Jonny, Mun dipukul oleh tuan Jonny lalu terpaksa menyelamatkan diri. Mun cedera dan tidak mampu untuk bergerak lagi. Mun hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Mun dibawa ke klinik haiwan untuk dirawat.

ISU-ISU INTERLOK

Interlok menceritakan mengenai tiga keturunan generasi awal: ibu bapa Halimah (Mak Limah), ibu bapa Pak Musa, Kim Lock dan Perumal. Generasi kedua, Mak Limah, Pak Musa, Cing Huat, Maniam dan Malini. Generasi ketiga; Seman, Gayah, Yew Seng, Poh Eng dan Inspektor Ramakrisna. Watak ini diolah untuk menggambarkan suasana dan realiti ketika itu. Interlok adalah buku mengenai zaman kebangkitan rakyat pelbagai kaum Malaysia. Mereka ini adalah watak yang dibentuk mewakili realiti kehidupan pada zaman itu.

Untuk lebih lanjut >>>>

CERPEN SAYANG AYAH [Antologi Anak Bumi Tercinta]

SINOPSIS
Cikgu Bustam menyuruh murid-murid Tahun Enam Kenanga menulis karangan yang bertajuk "Saya Sayang Ayah". Karangan itu perlu dihantar pada keesokan hari. Anggamah tidak tahu untuk menulis karangan itu kerana ayah tirinya sering memukul dan menderanya. Emaknya pula tidak pernah membantunya,malahan sering memarahinya.Keesokan harinya,Anggamah tidak menghantar buku karangan. Cikgu Bustam memanggil Anggamah.Anggamah hanya menangis apabila Cikgu Bustam bertanyakan masalahnya. Suatu hari, Anggamah memberitahu Cikgu Bustam bahawa dia dipukul oleh ayahnya dengan tali pinggang sehingga seluruh badannya lebam-lebam. Guru Besar dan Cikgu Bustam bercadang untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Sebelum mereka sempat berbuat demikian,dua orang anggota polis memberitahu mereka bahawa ayah Anggamah mengalami kemalangan di tempat kerjanya. Ayah Anggamah akhirnya meninggal dunia.Angamah mengatakan bahawa dia menyayangi ayahnya itu.